Viral video jutawan kosmetik, Dato’ Seri Dr. Hajah Vida (DSV) yang sedang menjalani rakaman klip video (official) lagu popularnya, ‘I Am Me’ di media sosial, mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang mendakwa beliau semakin lupa diri dan riak.
Netizen berkata demikian kerana dalam video yang tersebar itu menunjukkan beliau duduk di dalam tab mandi dengan duit yang penuh di atas papan seakan-akan bermandi dengan wang kertas dan barangan kemas.
Video yang dimuat naik oleh laman Rojak Buah itu telah ditonton 8,700 setakat ini sejak dimuat naik pada jam 8.40 pagi tadi.
Reaksi netizen?
Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang berfikiran positif, netizen yang lain tidak sepatutnya mengecam DSV kerana apa yang dilakukannya itu adalah untuk mengembangkan empayar perniagaannya. Malah, ‘mandi duit’ itu hanyalah untuk klip video muziknya sahaja, bukannya benar-benar berbuat demikian.
“Buat promosi kot. Sentiasa bersangka baik ler. Yang lain-lain antara dia dengan Yang Maha Esa. Kalau tak suka tengok, boleh picit skip atau next button dohh!” kata Adoii Wii.
“Bila kau tengok, apa kau rasa? Kalau kau rasa kau nak berusaha lebih kuat nak jadi seperti dia suatu hari nanti, maknanya kau positif. Tapi bila kau tengok kau kata ‘Riak, minta-minta matilah dia esok, minta-minta lingkuplah bisnes dia,’ maknanya kau kena check balik hati kau,” kata Tengku Hadif Caster.