Amir Nafis bukanlah satu nama yang agak popular, Namun kecekalan beliau menaikkan namanya dalam industri hiburan malaysia haruslah dipuji. Walaupun pernah menjadi Hero dalam sebuah drama yang di tayangkan di TV3, Namanya masih lagi samar-samar. Namun Berita Premium rasa bertuah dapat menemubual pelakon kacak tersebut.
Basuh tangan 50 Kali sehari? Itu adalah sikap pelik Amir Nafis. Jom baca lebih lagi mengenai Amir Nafis
Menurut Amir, beliau mula fokus dalam bidang lakonan pada tahun 2017. Pada awalnya dia hanyalah pekerja dibelakang takbir. Rezekinya dalam bidang lakonan bermula apabila salah seorang pelakon tidak dapat hadir ke lokasi dan tempat pelakon tersebut digantikan oleh dirinya.
” Terjebak sebenarnya dalam dunia lakonan tanpa sengaja. Tak sangka seronok berlakon. Selepas kejadian tersebut, saya mula fokus dalam bidang lakonan”
Amir Nafis menerima tawaran berlakon drama Drama Miss Kapten Cikgu Waiz selepas hadir casting untuk jadi pelakon untuk drama tersebut. Walaupun drama tersebut tidak sepopular drama yang lain, namun beliau tetap berfikiran positif.
“Saya seronok menjayakan watak Cikgu Sufian sebab jauh dari diri saya sebenarnya. Saya cuma harap penonton dapat rasakan watak saya dalam drama tersebut.
Dalam masa sama, Amir nafis juga mengimpikan watak orang gila yang jahat. beliau menginspirasikan watak joker dari lakonan heath ledger.
Bercakap mengenai soal peribadi, Amir Nafis akui masih lagi bujang
“Saya belum berkahwin,belum bertunang dan tidak ada girlfriend” ujarnya
Go Big, Or Go Home adalah prinsip yang dipegang oleh Amir Nafis . Katanya dia akan melakukan apa-apa kerja dengan 100% yang termampu.
Kredit Amir Nafis Instagram